Jumaat, 9 November 2007

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia-Unit 2

Kursus

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan-Institut Pendidikan Guru Malaysia ( PISMP-IPGM )

Kod Kursus

WAJ3101

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

UNIT 2

1 Prinsip/ dasar Tamaddun Islam

1.1 Memelihara nyawa

1.2 akal fikiran

1.3 maruah dan keturunan

1.4 harta benda,

1.5 hak kebebasan

2 Sumber Tamaddun Islam

2.1 Al-Quran

2.2 As-Sunnah

2.3 Tamaddun-tamaddun lain

3 Matlamat Tamadun Islam

3.1 Kesejahteraan manusia ( baldatan thaiyyibah )

3.2 Keredhaan Allah swt ( rabbun ghafur )

Hasil Pembelajaran

Diakhir sesi pengajaran para pelajar dapat

a. Dapat mengetahui dan memahami prinsip, sumber dan matlamat tamaddun Islam

b. Menjelaskan sumber tamaddun Islam dengan jelas serta membezakan antaranya.

c. Dapat menyenaraikan matlamat tamaddun Islam.

1. Prinsip / Dasar tamaddun Islam

Kemunculan Islam yang membawa kepada kemunculan tamaddun Islam ialah untuk memelihara dan meulihkan serta menghormati hak-hak asasi manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya di dunia ini dan juga kepada semua makhluk lain ciptaan-Nya. Perkara yang menjadi dasar tamaddun Islam ini ditentukan oleh beberapa elemen penting atau aspek penting iaitu

a. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup

b. Memelihara akal fikiran

c. Memelihara kehormatan dan keturunan

d. Memelihara harta benda

e. Memelihara hak dan kebebasan.

1.1. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup.

Allah swt selaku pencipta Yang Maha Berkuasa keatas sekelian alam ini telah mengurniakan kepada semua makhuk-Nya tentang kehidupan. Tiada sesiapa berhak mencabar hak kehidupan yang telah Allah swt kurniakan kepada semua makhlukNya. Allah swt telah menegaskan dalam firmanNya dari Surah al-Hijr ayat 23

$¯RÎ)ur ß`ósuZs9 ¾ÄÓôvéU àMÏJçRur ß`øtwUur tbqèOͺuqø9$# ÇËÌÈ

Ertinya : “ 23. dan Sesungguhnya Kamilah Yang menghidupkan dan Yang mematikan, dan Kamilah Yang kekal memiliki segala-galanya.”

Kefahaman daripada dasar yang pertama ini ialah apabila seseorang itu menceroboh atau menggangu hak kehidupan orang lain, ini bermakna ia telah menceroboh masyarakatnya. Allah swt telah berfirman dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 32

ô`ÏB È@ô_r& y7Ï9ºsŒ $oYö;tFŸ2 4n?tã ûÓÍ_t/ Ÿ@ƒÏäÂuŽó Î) ¼çm¯Rr& `tB Ÿ@tFs% $G¡øÿtR ÎŽötóÎ/ C§øÿtR ÷rr& 7Š$|¡sù Îû ÇÚöF{$# $yJ¯Rr'x6sù Ÿ@tFs% }¨$¨Z9$# $YèÏJy_ ô`tBur $yd$uŠômr& !$uK¯Rr'x6sù $uŠômr& }¨$¨Y9$# $YèÏJy_ 4 ôs)s9ur óOßgø?uä!$y_ $uZè=ßâ ÏM»uZÉit7ø9$$Î/ ¢OèO ¨bÎ) #ZŽÏWx. Oßg÷YÏiB y÷èt/ šÏ9ºsŒ Îû ÇÚöF{$# šcqèùÎŽô£ßJs9 ÇÌËÈ

Ertinya : “ 32. Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) Yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa Yang membunuh seorang manusia Dengan tiada alasan Yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah Dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa Yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. dan Demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami Dengan membawa keterangan Yang cukup terang; Kemudian, Sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang Yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.”

Oleh yang demikian seseorang yang membunuh dirinya atau membunuh orang lain, dikira sebagai telah melakukan satu jenayah sosial yang besar dosanya kerana telah melawan qadak Allah swt. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 30

`tBur ö@yèøÿtƒ y7Ï9ºsŒ $ZRºurôãã $VJù=àßur t$öq|¡sù ÏmŠÎ=óÁçR #Y$tR 4 tb%Ÿ2ur šÏ9ºsŒ n?tã «!$# #·ŽÅ¡o ÇÌÉÈ

Ertinya : “30. dan sesiapa berbuat demikian Dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami akan masukkan Dia ke Dalam api neraka, dan balasan Yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun Yang dapat menghalangnya).”

Berpandukan kepada keterangan-keterangan di atas, dapatlah difahami bahawa

a. Segala urusan yang membawa kepada pemeliharaan nyawa seperti menjaga kesihatan, melawan penyakit berjangkit, melawan wabak dan seumpamanya adalah wajib di dalam Islam.

b. Setiap perkara atau tindakan yang membawa kepada kerosakan atau memudharatkan tubuh badan manusia atau yang boleh mengacam nyawa seperti meminum minuman keras ( arak ), menghisap dadah, menghidu gam, meminum air daun ketum, mengambil syabu, dan yang seumpama dengannya adalah haram disisi Islam.

c. Setiap perkara yang bermatlamatkan kepada kesejateraan kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan seumpamanya adalah harus disisi Islam selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat Allah swt.

d. Setiap perkara yang dilakukan dengan niat untuk menyelamatkan nyawa atau menyelamatkan diri dari kematian adalah wajib dilakukan oleh seseorang yang terlampau dahaga atau lapar yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan makan yang asalnya dilarang atau diharamkan, sekiranya dengan perbuatan itu dapat dan mampu menghindarkan dirinya dari kematian.

1.2. Memelihara akal fikiran

Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal adalah wajib ke atas semua manusia kerana membawa kepada kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kepada kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhuk lain ciptaan Allah swt. Bagi menjaga dan memelihara akal, Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti agar akal manusia berfikiran baik dan terkawal. Oleh yang demikian, Islam mewajibkan keatas setiap penganutnya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Proses ini tidak dibatasi oleh masa dan tempat ataupun bangsa. Ini ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “ Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”

Bertepatan dengan kekewajipan menunut ilmu ini, tidak ada tempat bagi orang jahil di dalam Islam. Ini telah ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud : “ Manusia itu ada dua golongan, orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan selain daripada keduanya “

Islam amat menggalakkan asas pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah swt fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan dan kepalsuan, khayalan, keraguan dan was-was. Pemikiran yang negetif akan memungkinan tingkah laku yang negative dalam kehidupan manusia dan keadaan ini tidak selaras dengan kehendak Islam. Allah swt telah menjelaskan dalam Surah al-Ankabuut ayat 43

وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ (٤٣)

Ertinya “ 43. dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang Yang berilmu Yang dapat memahaminya.”

1.3. Memelihara kehormatan dan keturunan

Allah swt Pencipta Yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik makhluk-Nya di dunia ini, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insane Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaanya. Kehormatan bagi setiap manusia menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

Oleh yang demikian Allah swt telah menurunkan segala bentuk peraturan dan hokum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualian. Mereka sama-sama dihukum dan sama-sama diberi pengajaran. Allah swt telah menjelaskan semua ini di dalam firmanNya dari Surah An-Najm ayat39

وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى (٣٩)

Ertinya : “39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;”

Dengan adanya undang-undang dan peraturan yang Allah swt turunkan kepada manusia, maka manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh ahli masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan mereka masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian. Jaminan tegas ini telah disanbdakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis ketika berpidato dalam Hajjatul Wida’ di Padang ‘Arafah seperti diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud : “ sesunggunnya nyawa, harta dan kerhormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini “

Islam juga menekankan aspek pemelliharaan keturunan. Untuk itu, undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan munakahat ( nikah kawin ) telah dijelaskan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala bentuk larangan dan pengharaman ke atas perkara-perkara negativ seperti penzinaan, seks bebas, hubungan luar tabii ( liwat ) dan seumpamanya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

1.4. Memelihara harta benda

Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan yang jelas mengenai hak untuk memeliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Islam juga mengemukakan kaedah Ilmu Faraidh yang telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikut fitrah manusia sendiri. Kekayaan yang ada di dunia ini tidak ditentukan kepda segolongan manusia atau puak-puak tertentu, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dalam mencari harta kekayaan di dunia ini. Allah swt telah membuka kekayaan di dunia ini seluas-luasnya untuk dicari dan diteroka oleh manusia. Firman Allah swt dalam Surah al-Jathiyyah ayat 12-13

اللَّهُ الَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٢)وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا مِنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya : “ 12. Allah Yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya Dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. 13. dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan teliti.”

Apabila seseorang itu dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya sendiri, maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas. Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta yang mempertahankan hartanya sehingga ketitisan darah yang terakhir. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud :” Daripada Abdullah bin Omar katanya, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, siapa yang terbunuh kerana memepertahankan hartanya, maka ia mati syahid” Manakala sesiapa yang merompak atau mencuri harta daripada pemiliknya, Islam telah menyediakan hukuman hudud iaitu potong tangan serta seksaan yang berat di akhirat kelak.

1.5. Memelihara Hak dan kebebasan

Saidina Umar al-Khattab telah berkata : “ Bagaimanakah kamu memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas” Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu, kecuali ketika seperti mempertahankan diri ( kemerdekaan ) dan untuk keselamatan ummah. Kekalahan ummat Islam bermakna musuh-musuh telah melucutkan hak kebebasan manusia, ini kerana Islam telah meletakkan hak dan kebebasan sesorang individu itu sejak ia dilahirkan.

Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah swt Pencipta Yang Maha Berkuasa. Sebab itu syariat Islam mewajibkan hanya Allah swt sahaja Tuhan yang wajib dan layak disembah. Ini dibuktikan dalam surah al-Fatihah yang sering dibaca pada ketika solat 17 kali sehari semalam.

Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada sebarang unsur kezaliman yang mengongkongnya kepada nafsu jahat dan harta benda. Islam menyifatkan bahawa pengabdian kepada hawa nafsu adalah sejjahat-jahat penghambaan. Firman Allah swt dalam Surah al-Furqaan ayat 43

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلا (٤٣)

Ertinya :”43. Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat?”

Maka, teras kepada kebebasan mutlak yang digariskan oleh Islam ialah bebasnya akal manusia dan mempunnyai pegangan agama sebagai tunjang kehidupannya. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 256

لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦)

Ertinya: ”256. tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Kebebasan yang dituntut dalam Islam termasuklah kebebasan dalam memberikan pendapat, pandangan dan buah fikiran yang berupa kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahannya dimana Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian. Firman Allah swt dalam Surah al-Hajj ayat 41

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأمُورِ (٤١)

Ertinya : “ 41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.”

Panduan dan bimbingan ini juag ditujukan kepada golongan pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek utama kepimpinan iaitu

a. Melaksanakan kebajikan

b. Melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara.

Kedua-dua aspek berkenaan adalah untuk menjamin keutuhan hidup bernegara serta mendapat sokongan daripada rakyat. Segala kebebasan ini adalah terikat dengan hak-hak tabii manusia dan maslahat umum.

2. Sumber Tamaddun

Sumber utama tamaddun Islam ialah

2.1. al-Quran

Dalam kontek kehidupan bertamaddun al-Quran menekan ajaran tentang

a. Kehidupan beragama

i. Menyentuh soal akidah

ii. Mengarahkan manusia beriman kepada Allah swt.

b. Kehidupan yang berperaturan dan bersistem

i. Menyetuh persoalan system kehidupan manusia

ii. Hubungan manusia sesama manusia

iii. Hubungan manusia dengan alam.

c. Kehidupan yang mempunnyai system nilai

i. Menyentuh persoalan akhlak

ii. Ajaran yang menjamin kesejahteraan sejagat, seperti

* Berbuat baik sesama manusia

* Bersederhana dalam semua aspek

* Bertanggungjawab

* Berlumba-lumba membuat kebaikkan dan kebajikan

2.2. as-Sunnah

i. Perincian kepada al-Quran, penjelasan lanjut tentang

* Pelaksanaan kehidupan beragama

* Perlaksanaan syariah Islam

* Perlaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila

2.3. al-Ijtihad

i. Usaha yang dilakukan oleh pemikir dan ilmuan Islam dalam menangani masalah-masalah ummat Islam terutama dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan

* Kemajuan sains dan teknologi

* Daya reka cipta

* Daya kreativiti.

2.4. Tamaddun-tamaddun asing

i. Tidak menolak sebarang penghasilan tamaddun asing yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam

3. Matlamat Tamaddun Islam

3.1. Kesejahteraan manusia ( baldatan tayyibah )

i. Kesejahteraan di dunia dan di akhirat

ii. Memakmurkan alam mengikut peraturan dan system yang telah ditentukan dalam perhubungan

a. Manusia dengan Allah swt

b. Manusia dengan manusia

c. Manusia dengan alam

3.2. Keredhaan Allah ( rabbun ghafur )

i. Manusia yang mendapat keredhaan Allah swt ialah

a. Mematuhi seruhan-Nya

b. Meninggalkan larangan-Nya

c. Menyeru kepada kabajikan dan mencegah kemungkaran


Bahan Bacaan

Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan Tamaddun Dunia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Aktiviti Kelas

a. Kuliah

b. Sumbangsaran

c. Perbincangan

d. Pembentangan

Soalan Tutorial / Essei / Objektif

1. Jelaskan perbezaan antara sumber-sumber tamaddun Islam dan keutamaan diantaranya.

2. Berikan satu perbincangan mengenai matlamat tamaddun Islam.

3. Apakah kesannya jika seseorang Islam tidak mengutamakan penjagaan hak dan nyawa dalam melakukan sesuatu kerja.