PENULISAN -QUR'AN DI ZAMAN ABU BAKAR
Di zaman Abu Bakar berlaku Perang Yamamah pada tahun 11 Hijrah menentang tentera Musailamah Al-Kazzab. Dalam perang ini seramai 70 orang penghafal Al-Qur'an telah terkorban syahid. Saiyidina 'Umar RadiyaLlaahu 'anhu mencadangkan kepada Abu Bakar, yang pada ketika itu adalah Khalifah Islam agar mengumpulkan kerana bimbang Al-Qur'an akan hilang dari dunia ini. Pada mulanya Abu Bakar agak keberatan kerana Nabi Muhammad tidak melakukan atau mengarahkan agar Al-Qur'an dikumpulkan sebagaimana cadangan Saiyidina 'Umar. Tetapi akhirnya Abu Bakar bersetuju dengan pandangan tersebut. Khalifah Abu Bakar terus mengarahkan satu jawatankuasa atau suruhanjaya pengumpulan Al-Qur'an dibentuk dan melantik Zaid bin Thabit mengetuai suruhanjaya tersebut. Di antara ahli jawatankuasa yang menganggotai suruhanjaya tersebut ialah:
1. Ubay bin Ka'ab
2. Mu'az bin Jabal
3. Abu Zaid Al-Ansari
Khalifah Abu Bakar mengarahkan Zaid bin Thabit melaksanakan misi besar ini kerana beberapa sebab. Abu Bakar berkata:

إنك رجل شاب عاقل ولا نتهمك،كنت تكتب الوحي لرسول الله؟، فتتبع القرآن فاجمعه
"Sesungguhnya engkau seorang pemuda yang bijak dan kami tidak pernah mempunyai sebarang tohmahan jahat terhadap kamu, engkau dulu adalah penulis wahyu yang diturunkan lagi RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Carilah dan kumpulkanlah"
رواه البخاري في كتاب تفسير القرآن باب؛ لقد جاءكم من أنفسكم...
Zaid melaksanakan misi ini berdasarkan peraturan yang digariskan oleh Abu Bakar dan para sahabat lain. Abu Bakar mengarahkan sesiapa sahaja yang menulis Al-Qur'an agar membawanya kepada Suruhanjaya Pengumpulan Al-Qur'an yang diketuai oleh Zaid bin Thabit, tetapi ianya tidak diterima melainkan mempunyai dua saksi. Saiyidina Abu Bakar kepada Zaid dan Umar:
اقعدا على باب المسجد، فمن جاءكما بشاهدين على شيء من كتاب الله فاكتباه
رواه ابن أبي داود في كتاب المصاحف باب جمع أبي بكر القرآن في المصاحف
Duduklah kamu berdua di pintu masjid (Masjid Nabawi), sesiapa yang membawa kepada kamu dua saksi membuktikan ianya adalah kitab ALlaah Subhanahu wa Ta'ala, tulislah"
Suka diingatkan bahawa, Abu Bakar RadiyaLlaahu 'anhu, semua anggota Suruhanjaya pengumpulan Al-Qur'an dan ramai lagi para sahabat adalah penghafal Al-Qur'an. Mereka tidak menjadikan hafalan-hafalan masing-masing sebagai sandaran terhadap proses pengumpulan dan penulisan ini. Semua ini dilakukan untuk menjamin pemeliharaan terhadap Al-Qur'an.
Akhirnya Al-Qur'an berjaya dikumpulkan dan disalin oleh Saiyidina Ubay bin Ka'ab. Al-Qur'an yang dikumpulkan ituditulis semula di atas lembaran kertas dan dibukukan menjadi sebuah kitab Al-Qur'an. Perkara ini dijelaskan melalui hadis pengumpulan Al-Qur'an . Suhuf yang dikumpulkan pada Al-Qur'an kekal berada pada tangan Saiyidina Abu Bakar sehinggalah beliau wafat, kemudian ianya disimpan di sisi Saiyidina 'Umar sehinggalah beliau wafat, kemudian disimpan di sisi Hafsah Ummul Mukminin. Imam Malik meriwayatkan daripada Ibn Wahab daripada Ibn 'Umar katanya "Abu Bakar mengumpulkan Al-Qur'an pada lembaran-lembaran kertas"
Telah dijelaskan bahawa ayat-ayat Al-Qur'an yang dibawa oleh para sahabat kepada Zaid bin Thabit tidak diterima melainkan mempunyai dua saksi. Apakah yang dimaksudkan dengan saksi di sini? saksi yang dimaksudkan di sini ialah bahan bertulis yang dibawa oleh para sahabat itu disyaratkan mestilah ditulis di hadapan Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam bukan sekadar hafalan para sahabat. Mereka juga mensyaratkan ayat-ayat itu mestilah yang kekal ada semasa kedatangan Jibril yang terakhir pada tahun wafatnya RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Begitulah teliti dan halusnya misi pengumpulan Al-Qur'an di zaman Abu Bakar As-Siddiq .
Benarlah firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Baqaroh, ayat 1 - 2, yang bermaksud: "Alif laam miim. Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan