TUTUP AURAT KE TUTUP KEPALA?
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allaah Tuhan Pencipta 'alam. Dia-lah yang mentadbir 'alam dan tiada sekutu bagi-Nya. Wujud-Nya tanpa permulaan dan tiada pengakhiran. ALlaah Maha Berkuasa, Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat penutup segala Nabi-nabi, buat ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda (radiyaLlaahu 'anhum) dan buat pengikut-pengikut Baginda yang benar hingga hari qiamat. Aameen
Mutakhir ini, sering kita lihat di media massa memaparkan pelbagai fesyen yang direka khas bagi anak-anak gadis dan wanita untuk tampil berpakaian sopan, dan bertudung. Persoalannya, sedar tak sedar... kebanyakan fesyen-fesyen yang ditampilkan tidak menepati syari'at bahkan bila dilihat seolah-olah sekadar melepas batuk di tangga... Bukan menutup 'aurat sebagaimana yang ditetapkan syariat tetapi dilihat sekadar menutup rambut sahaja. Bahkan leher dibiarkan bebas tanpa ditutupi dengan sempurna. Selain itu ada juga yang kita lihat seolah-olah sekadar menyangkutkan kain selendang/ tudung di kepala dan mengeluarkan sedikit di bahagian depan (orang kata jambul ek)...
Begitu juga dengan pakaian yang menutupi tubuh. Ada yang bertudung, tapi pakaian masih lagi ketat dan menampakkan lekok susuk tubuh badan.. Bertudung tapi hujung kain tudung disangkutkan ke belakang/ ke atas pundak kepala atau dililitkan sehingga tidak menutupi dada (yang sepatutnya bahagian tersebut juga PERLU DITUTUPI). Ini bukan pakaian yang menepati syariat Islam. SEKALI-KALI TIDAK!!! Busana muslimah tidak boleh nipis (contohnyer tudung bawal) dan merangsang atau jarang.
Dalam hal ini RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda (yang bermaksud):
"Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah:
a) kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan)
b) orang perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang (memakai busana jarang) bagaikan merayu-rayu, melenggak-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang miring.
Mereka tidak akan masuk jannah dan tidak akan dapat mencium bau jannah (syurga) sedangkan bau jannah dapat dicium dari jarak yang sangat jauh"
Sebagai contoh kita tengok pada gambar di bawah...(ana sengaja tidak memberi gambar yang sebenar bagi menjaga maruah wanita-wanita yang terlibat. Ana juga tidak berhajat melampirkan gambar-gambar artis yang ada berpakaian sebagaimana yang ana nyatakan di atas (tidak menepati syariat) Ana yaqin umum sudah sedia mengetahui akan hal itu... moga ALlaah memberi hidayah kepada kita semua untuk mentaati-Nya)
Kepada pembaca wanita yang ana(saya) hormati kerana ALlaah...
Ana terpanggil untuk menghantar artikel ini bukan untuk merendahkan martabat kita sesama wanita. Sedarlah! Dunia ini hanya sementara... Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Jangan kita tertipu dengan lambakan fesyen yang kononnya busana Muslimah tapi hakikatnya disebaliknya... Ketahuilah!Tanpa kita sedar minda dan diri kita dieksploitasi lantaran kecetekan ilmu pengetahuan kita dalam soal agama. Bertanyalah kepada mereka yang amanah dengan 'ilmunya. Tanya mereka, bagaimanakah cara berpakaian yang sesuai dengan seorang wanita muslim yang menepati syara'. Bukankah menuntut 'ilmu itu adalah fardhu atas kita yang bergelar mukallaf? Dalam hal ini, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

(Riwayat Muslim)

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Maksudnya: Menuntut ilmu(yang daruri atau teras itu) adalah wajib ke atas setiap muslim
(Diriwayat oleh al-Bayhaqi)
Kepada artis-artis wanita Islam...
SubhanaLlaah bertuahnya kalian andai kiranya pemakaian menutup 'aurat yang kalian lakukan benar-benar menepati syariat ditambah lagi niat ikhlas kerana ALlaah, lalu diikuti oleh peminat... SubhanaLlaah, insha'ALlaah kalian akan mendapat ganjaran di sisi-Nya. Tapi apa akan jadi jika para peminat mengikuti jejak langkah kalian tapi dalam keadaan fesyen yang kalian tampilkan bukan sahaja tidak menepati syariat bahkan dilihat seolah-olah mempermain-mainkan agama???.
Seringkali ana terdengar & terbaca di akhbar-akhbar ataupun majalah-majalah kata-kata daripada artis-artis wanita di negara kita, jika wartawan bertanya "bilakah anda bersedia untuk memakai tudung?" dan anda akan jawab: "tengoklah kalau dah sampai seru"? Seru apa? adakah kita sekadar menunggu-nunggu hidayah ALlaah dalam keadaan tidak berusaha ke arah itu? Hidayah tak akan datang bergolek.. kena ada ikhtiar... dan tak kurang juga yang memberi jawapan "saya mungkin akan pakai tudung bila dah berusia 40 tahun...
Apakah kita dijanjikan ALlaah akan mencapai usia tersebut untuk berubah??? Bayangkan seruan yang kita tunggu untuk kita berpakaian menutup aurat, tapi yang datang adalah seruan untuk kembali ke 'alam baqa'... Bayangkan kita menunggu untuk mencapai usia 40 tahun untuk berhijrah tetapi dijemput awal untuk melalui alam baru (alam barzakh) dan saat itu kita ditutupkan aurat dengan dipakaikan kain kafan....Na'uuzu biLlaah.Tidak takutkah kalian kepada ALlaah Yang Maha Berkuasa?
Wahai sekalian para pembaca wanita yang ana hormati dan kasihi pada jalan ALlaah...
Ayuh! Sedarlah! Bangkitlah! Bertaubatlah! Sesungguhnya ALlaah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... Berhijrahlah kerana ALlaah. Jangan berhijrah kerana dunia yang kita kejar! Dunia kita kejar, akhirat akan berciciran, tapi jika akhirat yang kita kejar... insha'ALlaah dunia juga akan dapat sekali... Asas utama penghijrahan ialah SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM... bila kita menjaga solat ikhlas kerana ALlaah, insha'ALlaah... sedikit demi sedikit perubahan akan anda lihat. Bukankah janji ALlaah itu sentiasa benar??? ALlaah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada perbuatan yang keji dan mungkar"
DALIL-DALIL TENTANG PERINTAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA:
Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mu'minah, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka tidak diganggu. Dan ALlaah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Surah al-Ahzab, ayat 59)
Dan lihat juga Surah An-Nur ayat 31 dan 60Berkata Saiyidatina 'Aisyah: "Mudah-mudahan ALlaah mengasihi wanita-wanita yang turut hijrah dahulu, ketika ALlaah turunkan ayat: "Dan hendaklah wanita-wanita mu'min itu mengulurkan jilbabnya atas leher dan dada mereka"mereka sama mengoyak kain-kain mereka lalu mereka pergunakan kerudung, kain-kain itu"
Ketika ayat itu diturunkan, maka lelaki (suami) mereka sama pulang ke rumah lalu membacakan ayat yang diturunkan oleh ALlaah itu, maka tidak ada diantara mereka seorang pun yang diam melainkan berdiri lantas mengambil kain yang bertulis lalu mereka berkerudung dengan itu kerana sangat membenarkan dan amat yaqin kepada apa yang diwahyukan oleh ALlaah Subhanahu wa Ta'ala.
Akhirul kalam, janganlah kita berasa malu untuk mengamalkan syariat Islam. Sesungguhnya Islam itu agama yang suci dan diredhoi ALlaahu Subahanhu wa Ta'ala.Seseorang itu akan menjadi mulia kerana Islam yang di'amalkan dan seseorang akan menjadi hina jika meninggalkan syariat Islam
P/s: Insha'ALlaah artikel ini akan sentiasa diupdate mengikut isu-isu semasa yang timbul di tengah-tengah masyarakat di samping ditambah dalil-dalil yang berkaitan. Buat masa ini, hanya sekadar ini yang mampu ana tuliskan. Mohon maaf dunia akhirat atas tutur bicara yang mengguris perasaan. Tiada niat lain melainkan ana menulis artikel ini liLlaahi Ta'ala untuk peringatan diri ana sendiri dan bertujuan mengajak sekalian wanita Islam untuk kembali kepada ajaran Islam yang suci dan sejahtera bagi semua umat manusia. Ketahuilah! hanya dengan kembali kepada Al-QUr'an dan Sunnah insha'ALlaah gejala sosial akan dapat dikurangkan bahkan dapat dihapuskan jika segenap lapisan masyarakat bersatu hati melaksanakan undang-undang Islam. WaLlaahu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan