KPI Muslim: Taqwa Di Sisi Allah swt.
Hari ini masyarakat berbicara tentang Key
Performance Indicator / Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mengukur kualiti
prestasi dan pencapaian bagi individu atau sesebuah jabatan/organisasi.
Begitu sekali usaha manusia bagi menjayakan agenda kehidupan di dunia ini.
Bagaimana pula dengan KPI kita sebagai muslim? Apakah generasi Rasulullah saw.
dan para sahabat memiliki KPI juga?
Allah swt. menegaskan di dalam al-Quran
bahawa umat Islam adalah generasi terbaik dan menjadi contoh kepada umat lain
di bumi ini. Hakikat ini dibuktikan generasi Rasulullah dan sahabat selepasnya
janji Allah itu benar apabila mereka benar-benar berpegang teguh pada ajaran
Islam.
Justeru, bukan perkara mustahil bagi umat
Islam kini untuk kembali memahami senarai lengkap KPI para sahabat Rasulullah
saw. sehingga mereka diiktiraf sebagai sebaik umat. Kuncinya kejayaan
mereka adalah dengan memiliki taqwa yang jitu dan ampuh.
Allah swt.. telah berfirman yang
bermaksud:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ
شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ
اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾
Sesungguhnya orang yang paling mulia
diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kalian.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.” (Al-Hujurat:13)
وَلِلَّـهِ
مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَلَقَدْ
وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ
اتَّقُوا اللَّـهَ ۚ وَإِن
تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ غَنِيًّا
حَمِيدًا ﴿١٣١﴾
“Sesungguhnya Kami telah berwasiat
(memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan juga
kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah.” (An Nisa: 131)
Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah SAW
kepada umatnya. Baginda bersabda yang maksudnya:
“Aku berwasiat kepada kamu semua supaya
bertaqwa kepada Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia
seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia
akan melihat pelbagai perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada
sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku.” (Riwayat
Ahmad, Abu Daud, Termizi dan Majah)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

Taqwa berasal dari kata Waqa, Yaqi,
Wiqayatan, yang bererti perlindungan. Taqwa bererti melindungi diri dari segala
kejahatan dan kemaksiatan. Pengertian taqwa diantaranya adalah “Imtitsalu
awamiriLLAH wa ijtinabu nawahiHi” atau melaksanakan perintah-perintah Allah dan
menjauhi segala larangan-Nya.
Dalam suatu riwayat yang sahih disebutkan
bahawa Umar bin Khattab r.a. bertanya kepada sahabat Ubay bin Ka’ab r.a.
tentang taqwa. Ubay bertanya kembali,
“Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?”
“Ya”, jawab Umar
“Apa yang anda lakukan saat itu?”
“Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati.”
“Itulah taqwa.” kata Ubay bin Ka’ab r.a.
“Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?”
“Ya”, jawab Umar
“Apa yang anda lakukan saat itu?”
“Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati.”
“Itulah taqwa.” kata Ubay bin Ka’ab r.a.
Berdasar dari jawaban Ubay atas
pertanyaan Umar, Sayyid Quthub berkata dalam tafsir Azh-Zhilal,
“Itulah taqwa, kepekaan batin, kelembutan
perasaan, rasa takut terus menerus selalu waspada dan hati-hati jangan sampai
sampai terkena duri jalanan… Jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri-duri
godaan dan syahwat, kerakusan dan angan-angan, kekhuatiran dan keraguan.
Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak wajar untuk ditakuti… dan masih banyak
duri-duri yang lainnya.”
Dr. Abdullah Nashih Ulwan menyatakan
dalam buku Ruhaniyatud Daiyah, berkata
“Taqwa lahir dari proses dari keimanan
yang kukuh, keimanan yang selalu dipupuk dengan muraqabatullah, merasa takut
dengan azab Allah serta berharap atas limpahan kurnia dan maghfirahnya.”
Sayyid Quthub juga berkata
“Inilah bekal dan persiapan
perjalanan…bekal ketaqwaan yang selalu menggugah hati dan membuatnya selalu
terjaga, waspada, hati-hati serta selalu dalam konsentrasi penuh… Bekal cahaya
yang menerangi liku-liku perjalanan sepanjang mata memandang. Orang yang
bertaqwa tidak akan tertipu oleh bayangan sesuatu yang menghalangi pandangannya
yang jelas dan benar… Itulah bekal penghapus segala kesalahan, bekal yang
menjanjikan kedamaian dan ketenteraman, bekal yang membawa harapan atas kurnia
Allah; di saat bekal-bekal lain sudah sirna dan semua amal tak lagi berguna…”
Taqwa diperoleh dari ibadah yang ikhlas
dan lurus kepada Allah SWT.. Orang-orang yang bertaqwa akan mendapatkan
kemuliaan dari Allah SWT..
Firman Allah swt. yang bermaksud:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ
شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ
اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾
“Wahai seluruh manusia, sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenal.
Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah yang paling
bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (Al-Hujurat:
13)
Kemuliaan bukan terletak samada dia
lelaki atau perempuan, kehebatan suku bangsa dan warna kulit, namun kerana
ketaqwaannya. Mereka yang bertaqwa adalah orang yang senantiasa beribadah
dengan rasa cinta, penuh harap kepada Allah, takut kepada azabNya, ihsan dalam
beribadah, khusyuk dalam pelaksanaannya, penuh dengan doa. Allah swt. juga
menyebutkan bekal hidup manusia dan pakaian yang terbaik adalah taqwa.
Dr. Abdullah Nashih Ulwan menyebut ada 5
langkah yang dapat dilakukan untuk mencapai KPI taqwa, iaitu
1. Mu’ahadah
Mu’ahadah bererti selalu mengingat perjanjian kepada Allah swt., bahawa dia akan selalu beribadah kepada Allah swt. Seperti merenungkan sekurang-kurangnya 17 kali dalam sehari semalam dia membaca ayat surat Al Fatihah : 5 “Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan”

Dalam perjanjian itu, manusia mengakui Allah pencipta sekalian
manusia dan juga pentadbir mutlak alam semesta. Perjanjian itu kemudian
dirakamkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan (ingatlah wahai
Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun)
dari (tulang) belakang manusia, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan
kamu? Mereka semua menjawab: Benar, (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.
Yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat: Sesungguhnya kami
lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (Surah al-A’raf,
ayat 172)
2. Muraqabah
Muraqabah bererti merasakan kebersamaan dengan Allah swt. dengan selalu menyedari bahawa Allah swt. selalu bersama para makhluk-Nya dimana saja dan pada waktu apa sahaja. Terdapat beberapa jenis muraqabah, pertamanya muraqabah kepada Allah swt. dalam melaksanakan ketaatan dengan selalu ikhlas kepadaNya. Kedua muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara total. Ketiga, muraqabah dalam hal-hal yang mubah adalah dengan menjaga adab-adab kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmatNya. Keempat muraqabah dalam mushibah adalah dengan redha. atas ketentuan Allah serta memohon pertolonganNya dengan penuh kesabaran.

3. Muhasabah
Muhasabah sebagaimana yang ditegaskan dalam Al Quran surat Al Hasyr: 18,
Muhasabah sebagaimana yang ditegaskan dalam Al Quran surat Al Hasyr: 18,
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ
لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا
اللَّـهَ ۚ إِنَّ
اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Takwalah kepada Allah dan
hendaklah merenungkan setiap diri, apalah yang telah diperbuatnya untuk hari
esok. Dan takwalah kepada Allah! Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa
jua pun yang kamu kerjakan”
Ini bermakna hendaklah seorang mukmin menghisab dirinya tatkala
selesai melakukan amal perbuatan, apakah tujuan amalnya untuk mendapatkan
redha. Allah? Atau apakah amalnya dicampuri sifat riya? Apakah ia sudah
memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak manusia?
Umar bin Khattab r.a. berkata,”Hisablah diri kalian sebelum kalian
dihisab, timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang, dan bersiap-siaplah
untuk pertunjukan yang agung (hari kiamat). Di hari itu kamu dihadapkan pada
pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari amal kalian barang sedikitpun.”
4. Mu’aqabah
Mu’aqabah ialah memberikan hukuman atau denda terhadap diri apabila melakukan kesilapan ataupun kekurangan dalam amalan. Mu’aqabah ini lahir selepas Muslim melakukan ciri ketiga iaitu muhasabah. Hukuman ini bukan bermaksud deraan atau pukulan memudaratkan, sebaliknya bermaksud Muslim yang insaf dan bertaubat berusaha menghapuskan kesilapan lalu dengan melakukan amalan lebih utama meskipun dia berasa berat.dalam Islam, orang yang paling bijaksana ialah orang yang sentiasa bermuhasabah diri dan melaksanakan amalan soleh. Disebutkan, Umar bin Khattab pergi ke kebunnya. Ketika pulang didapatinya orang-orang sudah selesai melaksanakan solat Asar berjamaah. Maka beliau berkata,”Aku pergi hanya untuk sebuah kebun, aku pulang orang-orang sudah solat Asar. Kini kebunku aku kujadikan sedekah untuk orang-orang miskin.”

Suatu ketika Abu Thalhah sedang solat, di depannya lewat seekor
burung lalu ia melihatnya dan lalai dari solatnya sehingga lupa sudah berapa
rakaat beliau solat. Kerana kejadian tersebut beliau mensedekahkan kebunnya
untuk kepentingan orang miskin sebagai denda terhadap dirinya atas kelalaian
dan ketidakkhusyukannya.
5. Mujahadah
Makna mujahadah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Ankabut ayat 69 adalah apabila seorang mukmin terseret dalam kemalasan, santai, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan amal-amal sunnah serta ketaatan yang lainnya tepat pada waktunya, maka ia harus memaksa dirinya melakukan amal-amal sunnah lebih banyak dari sebelumnya. Dalam hal ini ia harus tegas, serius dan penuh semangat sehingga pada akhirnya ketaatan merupakan kebiasaan yang mulia baginya dan menjadi sikap yang melekat dalam dirinya.

Sebagai penutup, Allah swt. telah
berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾
“Wahai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu
mati melainkan di dalam keadaan Islam”. (‘Ali Imran: 102)
Semoga kita lebih serius membangunkan KPI
TAQWA dalam kehidupan kita.