Selasa, 26 April 2011

Rukhsah atau Azimah?

Azimah dan rukhsah adalah antara elemen penting dalam ilmu fiqh. Kerapkali kita berhadapan dengan persoalan kemudahan (taysir) atau pemberatan hukum fiqh dalam pelbagai jenis situasi, tapi kita tidak tahu apakah konsep-konsep yang ada di sebaliknya.

Ada yang keliru dengan memahami rukhsah sebagai tindakan mengambil ‘subsidi’, atau sengaja ambil mudah dalam hal-hal ibadah dan kewajiban. Di sisi lain, ada pula yang suka mengambil yang mudah-mudah saja dalam perbezaan pandangan fiqh, tanpa melihat kepada penilaian atau tarjih para ulama’. Kesemua ini merupakan kecelaruan pemahaman akibat tidak mempunyai asas pengetahuan tentang rukhsah dan azimah.

Apakah rukhsah dan azimah itu? Dalam kesempatan ini, insyaAllah akan dibincangkan secara asas tentang kedua-dua elemen ini.

Azimah (عزيمة)

Azimah menurut bahasa bermaksud “keinginan yang kuat”. Kata kerjanya (fi’il) adalah “azama” (عزم). Kata jamak (plural) bagi azimah ialah “azaa-im” (عزائم). Di dalam Al-Quran, perkataan azmu, iaitu kata akar bagi azimah, disebutkan bagi menunjukkan erti kemahuan yang kuat:

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

Maka ia lupa (akan perintah itu), dan Kami tidak mendapati padanya kemahuan yang kuat (azmu)” (Thaha: 115)


Dari segi istilah, ramai ulama’ telah memberikan pengertian azimah. Antaranya Imam Al-Ghazali mendefinisi azimah sebagai “sesuatu yang menyebabkan kamu melakukan apa yang diwajibkan Allah”. Imam As-Syathibi pula mendefinisikannya sebagai “beberapa hukum umum yang telah ditetapkan sejak awal lagi”.

Sheikh Dr Ali Abu Al-Basal meneliti semua definisi di atas termasuk ramai ‘ulama lain. Lalu beliau membuat definisi yang lebih jelas tentang azimah, iaitu: “Hukum yang ditetapkan secara umum dari peringkat awal, dan boleh dimansuhkan sekiranya seseorang itu dalam keadaan yang uzur dan tenat”.

Dalam erti kata lain, bolehlah difahami menurut bahasa yang lebih mudah, bahawa azimah merupakan perintah asal sesuatu hukum tetapi dibatalkan atau diubah bentuknya disebabkan keadaan darurat. Ia menunjukkan taklifan (bebanan tanggungjawab) untuk orang-orang beriman.

Rukhsah (رخصة)

Pengertian rukhsah bermakna “keringanan”. Perkataan asal berbentuk kata kerjanya (fi’il madhi) adalah rakhoso (رخّص) yang bermaksud “telah menurunkan” atau “telah mengurangkan”. Orang yang mendapat keringanan disebut sebagai ”raakhis” (راخص).

Pengertian rukhsah sangat meluas disebutkan oleh para ‘ulama. Imam Al-Ghazali mendefinisikan rukhsah sebagai “sesuatu yang dibolehkan kepada seseorang mukallaf untuk melakukannya kerana uzur”. Imam Al-Baidhawi pula mendefinisikan rukhsah sebagai “hukum yang berlaku tidak sesuai dengan dalil yang ada kerana keuzuran”.

Sekali lagi kita kembali meninjau penilaian Sheikh Dr. Ali Abu Al-Basal, di mana beliau telah memilih definisi rukhsah Imam Al-Baidhawi sebagai paling tepat. Antara sebab kenapa beliau memilih definisi ini ialah kerana ia membawa maksud yang berlawanan dengan azimah. Ertinya, di mana azimah menyuruh kepada beramal mengikut dalil, rukhsah pula ialah beramal tidak serupa dengan dalil kerana wujudnya kepayahan dalam sesuatu situasi.

Tambah beliau lagi: “Azimah adalah hak Allah ke atas hamba, sedangkan rukhsah adalah hadiah Allah kepada hamba”. Sebagai satu kesimpulan, rukhsah bolehlah dikatakan sebagai lawan bagi ‘azimah.

Sebab-Sebab Keringanan

Menyimpulkan daripada apa yang disebut oleh Imam Ibnu Nujaim, para ulama telah menetapkan tujuh sebab wujudnya rukhsah:

  1. Bermusafir. Contohnya rukhsah qasar dan jamak solat, menyapu khuf lebih daripada sehari semalam dan sebagainya.
  2. Sakit. Contohnya bolehnya jamak solat kerana sakit, tayammum kerana tidak boleh terkena air, sakit sehingga atau tidak mampu ke tempat ambil wudhu dan lain-lain.
  3. Lupa. Contohnya puasa tidak batal jika makan atau minum kerana terlupa. Begitu juga orang yang terlupa belum menunaikan solat tidak dihukum berdosa sebaliknya harus segera mengqada solat tersebut.
  4. Kebodohan. Contohnya jika seseorang tidak pasti ada terkeluar angin atau tidak dalam solat, maka solat dan wudhunya belum lagi terbatal.
  5. Kesukaran. Ini termasuklah sukar untuk kekal dalam keadaan suci tetapi jika wajib solat, maka solatnya sah. Contohnya pesakit kencing tidak lawas, haid yang berterusan dan sebagainya.
  6. Paksaan. Contohnya jika terpaksa mengucapkan kalimah kufur, atau minum arak, kerana diugut, maka hal itu tidak mengapa jika hatinya sekeras-kerasnya membenci hal tersebut.
  7. Kekurangan. Contohnya kanak-kanak kecil dan orang gila tidaklah dikira sebagai mukallaf, maka mereka dibebaskan daripada tanggungjawab syari’e seperti solat fardhu, jihad, zakat, haji dan sebagainya.

Jenis-jenis Keringanan dalam Syariat

Keringanan, disebut juga sebagai takhfif selain rukhsah, sekali lagi menurut Ibnu Nujaim, terdiri daripada tujuh jenis:

  1. Menggugurkan (Takhfif isqath), seperti pengguguran kewajiban solat jumaat kepada orang yang sakit kronik.
  2. Mengurangkan (Takhfif tanqish), seperti qasar solat empat rakaat menjadi dua semasa bermusafir, dibolehkan solat setakat yang mampu bagi orang yang sakit dan lain-lain.
  3. Menggantikan (Takhfif ibdal). Contohnya penukaran wudhu kepada tayammum jika tiada air.
  4. Mendahulukan (Takhfif taqdim), seperti rukhsah jamak taqdim.
  5. Mengakhirkan (Takhfif takhir). Ini termasuklah rukhsah jamak takhir, melewatkan solat ‘isyak dan lain-lain.
  6. Meringankan (Takhfif tarkhish), seperti dibolehkan minum arak jika tercekik sesuatu apabila tiada minuman lain di sekelilingnya.
  7. Mengubah (Takhfif taghyir). Contohnya, perubahan bentuk perbuatan solat menjadi lebih ringan semasa peperangan.

Tidak semestinya hanya satu jenis rukhsah diamalkan dalam setiap situasi. Adakalanya, bahkan dalam banyak keadaan, pelbagai jenis rukhsah diamalkan sekaligus selagimana keadaannya membenarkan. Kesemua di atas ini merupakan solusi rukhsah kerana wujudnya elemen-elemen yang membolehkannya, selagimana ianya disahkan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan sumber-sumber hukum lain berdasarkan kaedah-kaedah fiqh.

Rukhsah atau Azimah?

Di sini terdapat perbahasan mendalam menurut ‘ulama. Apa yang pasti, pemilihan azimah atau rukhsah bergantung kepada keadaan diri seseorang. Azimah dianggap sebagai al-aslu, atau asal bagi hukum. Selagi tidak ada sebab atau ‘illah yang mengubah hukumnya, maka ia tetap merupakan azimah.

Jika wujudnya situasi syari’e yang membolehkan untuk memilih rukhsah, maka barulah rukhsah dibenarkan. Malah dalam sesetengah hal, pemilihan rukhsah bukan sahaja dibenarkan bahkan dianggap lebih utama berbanding azimah kerana adanya contoh daripada Rasulullah s.a.w sendiri.

Contohnya, hukum solat qasar yang dianggap sebagai wajib oleh sesetengah ulama’ dan sunnah oleh ‘ulama yang lain. Banyak sunnah perbuatan (fi’liyyah) dan perkataan (qauliyyah) yang menunjukkan hal ini. Antaranya, ketika ditanya oleh Umar r.a. tentang solat qasar semasa bermusafir sedangkan keadaannya aman, baginda s.a.w menjawab:

“Solat qasar itu merupakan sedekah yang diberikan Allah s.w.t kepada kalian maka terimalah sedekahNya” (HR Muslim dan Nasai’e)

Hal ini bertepatan dengan inspirasi syariat Islami, yang menginginkan kemudahan. Konsep ini juga selari dengan sifatnya yang fleksibel (muruunah). Telah jelas disebut dalam Al-Quran:

3 ߃̍ムª!$# ãNà6Î/ tó¡ãŠø9$# Ÿwur ߃̍ムãNà6Î/ uŽô£ãèø9$# ........

“Allah mengkehendaki bagi kamu kemudahan dan tidak mengkehendaki bagi kamu kesulitan” (Al-Baqarah: 185)

Kini kita jelas bahawa agama ini menginginkan kemudahan dan tidak mungkin adanya kesusahan luar biasa bagi seseorang mukallaf. Jika terjadi juga kesusahan luar biasa, maka ia pasti mendapat keringanan. Ini kerana Allah tidak akan membebani seseorang di luar kemampuannya:

Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4 $ygs9 $tB ôMt6|¡x. $pköŽn=tãur $tB ôMt6|¡tFø.$# 3 ........

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya” (Al-Baqarah: 286)

Malah terdapat satu kaedah fiqh yang berbunyi: “apabila permasalahan semakin menghimpit, maka hukumnya menjadi luas”. Ini pernah diucapkan oleh Imam As-Syafi’e sebagai jawapan bagi persoalan tentang adakah bekas yang digunakan untuk membuang sampah boleh digunakan untuk wudhu.

Walau apapun, untuk mengetahui rukhsah, perlulah tahu azimahnya dahulu. Tidak dapat dinafikan semua ini memerlukan ilmu. Bagi setiap azimah yang dipelajari, sewajarnya kita cuba meneroka olahan para ulama fiqh berkenaan rukhsah yang mungkin mengiringinya. Apabila ilmu agama semakin luas, maka pengamalan agama pun terasa semakin lapang.

Mungkin ada yang cenderung kepada azimah kerana kurangnya ilmu tentang rukhsah. Malah, ada yang sampai menentang rukhsah ibadah kerana akal mereka tidak sependapat, sedangkan agama ini tertegak di atas dalil dan hujah. Islam sama sekali bukan agama yang didirikan berteraskan akal atau falsafah.

Namun, mungkin ada pula yang hanya mahukan kemudahan walaupun sebab rukhsahnya tiada. Mungkin ada yang cuba memutar-belit situasi dengan helah ingin mendapatkan rukhsah. Kesalahan lain termasuk memilih rukhsah sedangkan ada keraguan dalam sebabnya atau ada unsur kemaksiatan, kerana rukhsah dalam keadaan ini adalah tidak sah.

Golongan ini suka memilih yang termudah saja dalam perbezaan pendapat tanpa adanya penilaian yang ilmiah. Jenayah ini dinamakan sebagai tatabbu’ ar-rukhas (تتبع الرخاص) dan mesti kita hindari.

Sikap yang benar adalah bersikap adil dalam menghalusi pendapat fiqh. Jika kita sudi meluangkan masa untuk belajar tentangnya, melalui guru-guru bertauliah baik secara langsung ataupun media, ataupun melalui bahan-bahan bacaan ilmiah, insyaAllah pemahaman kita semakin utuh dan tajam. Pada masa yang sama, kita dapat mengembangkan bakat-bakat fiqh (malakah al-fiqhiyyah), sejenis kepintaran yang sangat baik untuk kita semaikan.

Wallahu a’lam.


B.1 Pengertian azimah dan rukhsah

1. Azimah menurut kalangan para ahli ushul adalah

ما شرع من الأحكام الكلية ابتداء

Artinya: hukum yang ditetapkan Allah pertama kali dalam bentuk hukum-hukum umum.

Hukum-hukum umum yang telah disyariatkan oleh Allah SWT sejak semula yang tidak dikhususkan oleh kondisi dan oleh mukallaf.[5] Artinya belum ada hukum sebelum disyariatkan , sehingga sejak disyariatkan seluruh mukallaf wajib diikuti.[6]

Kata-kata “ditetapkan pertama kali” mengandung arti bahwa pada mulanyapembuat hukum bermaksud untuk menetapkan hukum taklifi kepada hamba. Hukum ini tidak didahului oleh hukum lain. Seandainya ada hukum lain yang mendahuluinya, hukum yang terdahulu itu tentu dinasakh dengan hukum yang datang belakangan. Dengan demikian hukum azimah ini berlaku sebagai hukum pemula dan sebagai pengantar kemashlahatan umum.

Kata-kata “hukum-hukum kulliyah (umum)” disini mengandung arti berlaku untuk semua mukallaf dan tidak ditentukan untuk sebagian mukallaf atau untuk sebagian waktu tertentu. Umpamanya shalat yang diwajibkan kepada semua mukallaf dalam semua situasi dan kondisi. Begitu pula kewajiban zakat, puasa, haji dan kewajiban lainnya.

Termasuk juga kedalam pengertian hukum azimah adalah hukum umum yang berlaku untuk suatu sebab. Sebab itu suatu ketika hilang dan bila telah berlaku lagi tersebut maka berlaku pula hukum. Umpamanya firman Allah SWT dalam surat al-Baqarah-198:

}§øŠs9 öNà6øn=tã îy$oYã_ br& (#qäótGö;s? WxôÒsù `ÏiB öNà6În/§ 4 !#sŒÎ*sù OçFôÒsùr& ïÆÏiB ;M»sùttã (#rãà2øŒ$$sù ©!$# yYÏã ̍yèô±yJø9$# ÏQ#tysø9$# ( çnrãà2øŒ$#ur $yJx. öNà61yyd bÎ)ur OçFZà2 `ÏiB ¾Ï&Î#ö7s% z`ÏJs9 tû,Îk!!$žÒ9$# ÇÊÒÑÈ

198. Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu Telah bertolak dari ‘Arafat, berdzikirlah kepada Allah di Masy’arilharam[125

Ayat itu turun sesudah datang ayat sebelumnya (197) yang melarang beberapa perbuatan dalam melaksanakan ibadah haji:

197. (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi[122], barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats[123], berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa[124] dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.

2. Hukum rukhsah adalah:

الحكم الثابت على خلاف الدليل لعذر.

Artinya: hukum yang berlaku berdasarkan suatu dalil menyalahi dalil yang ada karena adanya uzur.

Hukum keringanan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT atas orang mukallaf dalam kondisi-kondisi tertentu yang menghendaki keringanan. [7]

Kata-kata “hukum” merupakan jenis dalam definisi yang mencakup semua bentuk hukum. Kata-kata tsabit (berlaku tetap) mengandung arti bahwa rukhsah itu berdasarkan dalil yang ditetapkan pembuat hukum yang menyalahi dalil yan ditetapkan sebelumnya.

Kata-kata “menyalahi dalil yang ada” merupakan sifat pembeda dalam definisi yang mengeluarkan dari lingkup pengertian rukhsah, suatu yang memang pada dasarnya sudah boleh melakukannya seperti makan dan minum. Kebolehan dalam makan dan minum memang sudah dari dulunya dan tidak menyalahi hukum yang sudah ada.

Kata “dalil” yang maksudnya adalah dalil hukum, dinyatakan dalam defenisi ini agar mencakup rukhsah untuk melakukan perbuatan yang ditetapkan dengan dalil yang menghendaki hukum wajib, seperti berbuka puasa bagi orang yang musafir, atau yang menyalahi dalil yang menghendaki hukum nabd (sunnah) seperti meninggalkan shalat jamaah karena hujan dan lain sebagainya.

Penggunaan kata “uzur” dalam definisi ini yang mengandung arti kesukaran dan keberatan, untuk menghindari dari cakupan arti rukhsah dalam dua hal:

1. Hukum yang berlaku dan ditetapkan dengan dalil lebih kuat yang menyalahi dalil lain yang lemah dari hukum itu. Diberlakukannya hukum yang datang belakangan bukan karena memberikan keringanan tetapi memang secara ketentuan harus dilakukan karena kekuatan dalilnya.

2. Taklif atau beban hukum semuanya merupakan hukum yang tetap menyalahi dalil asal dan yang menurut asalnya tidak ada taklif.

Adapun hukum yang ditetapkan dengan dalil nasakh karena mengandung kesukaran dalam pelaksanaannya juga tidak dinamakan rukhsah karena dalil yang dinasakh itu tidak dinamakan dalil kecuali dalam arti kiasan terhadap apa yang telah berlaku.

Penambahan kata “berat” pada sebagian definisi merupakan batasan selanjutnya bagi pengertian “rukhsah”, karena kata uzur saja dapat berarti kesukaran atau keberatan, sedang uzur yang berarti semata-mata kebutuhan tanpa adanya kesukaran tidak disebut rukhsah. Contoh uzur yang tidak berarti rukhsah umpamanya ditetapkannya hukum qiradh (investasi modal) yang sebenarnya menyalahi ketentuan syirkah yang mengharuskannya persyarikatan dalam modal dan usaha. Tetapi cara ini dinyatakan sah karena adanya kebutuhan yaitu ketidakmampuan pemilik modal dalam usaha, padahal disini tidak terdapat kesukaran apa-apa.

Memang kadang-kadang digunakan kata rukhsah untuk sesuatu yang dikecualikan oleh prinsip umum yang menghendaki larangan secara umum dan mutlak tanpa memandang pada sifat uzur besar yang harus ada padanya seperti contoh di atas: karena dalam salah satu hadist Nabi disebutkan: “Nabi merukhsahkan jual beli saham.”

Dengan membandingkan pengertian azimah dan ruhsah secara sederhana dapat dikatakan bahwa azimah adalah melaksanakan perintah dan menjauhi larangan secara umum dan mutlak, baik perintah itu perintah wajib atau sunnah, baik larangan itu untuk haram atau makruh, sedangkan rukhsah adalah keringanan atau kelapangan yang diberikan kepada seorang mukallaf dalam melakukan perintah dan menjauhi larangan.

Azimah adalah merupakan hak Allah atas hamba-Nya dan rukhsah adalah hak hamba dalam karunia dan kebijaksanaan Allah. Dalam bentuk ini antara rukhsah dengan hukum mubah terdapat kesamaan.[8] Dan hal ini sesuai dengan pernyataan

[9]المشقة تجلب التيسير “kesulitan itu akan mendatangkan kemudahan” ”

B.2 Macam-macam rukhsah

Pada dasarnya rukhsah itu adalah keringanan yang diberikan Allah sebagai pembuat hukum kepada mukallaf pada suatu keadaan tertentu yang berlaku terhadap mukallaf tersebut. Hukum keringanan ini menyalahi hukum asalnya. Macam-macam keringanan atau rukhsah dapat dilihat dari beberapa segi:

  1. Rukhsah dilihat dari segi bentuk hukum asalnya, terbagi menjadi dua, yaitu: rukhsah memperbuat dan rukhsah meninggalkan.
  2. Rukhasah memperbuat adalah keringanan untuk melakukan suatu perbuatan yang menurut asalnya harus ditinggalkan. Inilah hukum azimahnya. Contohnya boleh memakan daging babi dalam keadaan terpaksa, berdasarkan firman Allah dalam surat al-Baqorah-173.
  3. Rukhsah meninggalkan adalah keringanan untuk meninggalkan perbuatan yang menurut hukum azimahnya adalah wajib atau nadb (sunnah). Dalam hukum asalnya adalah wajib atau sunnah. Tetapi dalam keadaan tertentu mukallaf tidak dapat melakukannya dalam arti bila melakukannya hal itu akan membahayakan dirinya. Umpamanya kebolehan meninggalkan puasa Ramadhan bagi orang yang sakit atau dalam perjalanan berdasarkan firman Allah surat al-Bawarah-184.

Termasuk pula ke dalam rukhsah ditinjau dari segi hukum asalnya ini ada dua macamrukhsah sebagai berikut:

  1. Rukhsah dalam meninggalkan hukum-hukum yang berlaku terhadap umat sebelum islam yang dinilai terlalu berat untuk dilakukan umat Nabi Muhammad, sebagaimana dalam firman Allah surat al-Bawarah-286. Biala dilihat keringanan hukum dalam hal ini dibandingkan dengan yang berlaku sebelumnya, lebih tepat disebut nasakh, meskipun demikian dalam artian luas dapat pula disebut rukhsah.
  2. Rukhsah dalam bentuk melegalisasikan beberapa bentuk akad yang tidak memenuhi syarat yang ditentukan. Adanya rukhsah ini disebabkan oleh kebutuhan umum. Umpamanya jual beli saham, karena hal ini menyalahi ketentuan umum yang melarang menjual sesuatu yang tidak ada di tangan.

Rukhsah ditinjau dari segi bentuk keringanan yang diberikan. Dalam hal ini keringanan ada 7 bentuk:

  1. Keringan dalam bentuk menggugurkan kewajiban seperti boleh meninggalkan shalat jumat, haji, umrah dan jihad dalam keadaan uzur.
  2. Keringanan dalam bentuk mengurangi kewajiban, seperti, mengqoshr shalat.
  3. Keringanan dalam bentuk mengganti kewajiban seperti: mengganti wushu dan mandi dengan tayammum, mengganti kewajiban berdiri dalam shalat dengan duduk.
  4. Keringanan dalam bentuk penangguhan pelaksanaan kewajiban seperti: pelaksanaan shalat zuhur dalam waktu shalat ashar pada jama’ ta’khir.
  5. Keringanan dalam bentuk mendahulukan pelaksanaan kewajiban seperti: membayar zakat fitrah sejak awal Ramadhan, mendahulukan shalat ashar dalam waktu zuhur pada jama’ taqdiim.
  6. Keringanan dalam bentuk merubah kewajiban seperti: cara-cara pelaksanaan shalat dalam perang yang berubah dari bentuk yang biasanya yang desebut shalat khauf.
  7. Keringanan dalam bentuk membolehkan mengerjakan perbuatan haram dan meninggalkan perbuatan wajib seperti yang dijelaskan di atas.

Rukhsah ditinjau dari segi keadaan hukum asal sesudah berlaku padanya rukhsah: apakah masih berlaku pada waktu ini atau tidak. Dalam hal ini ulama Hanafiyah membaginya menjadi dua:

  1. Rukhasah tarfih (رخصة الترفيه) adalah rukhsah yang meringankan dari pelaksanaan hukum azimah tetapi hukum azimah berikut dalilnya ikut berlaku. Hanya pada waktu itu si mukallaf dapat meninggalkan atau melakukannya sebagai keringanan baginya. Umpamanya mengucapkan kalimat kufur yang terlarang dalam hukum azimah, akan tetapi dibolehkan bagi orang yang dipaksa selama hatinya tetap dalam keimanan, sebagaimana dalam surat al-Nahl-106.
  2. Rukhsah isqath (رخصة الإسقاط) adalah rukhsah yang menggugurkan hukum azimah terhadap pelakunyasaat keadaan rukhsah itu berlangsung. Dalam keadaan rukhsah itu maka hukum yang berlaku bagi orang yang terpaksa adalah hukum rukhsah, bukan hukum azimah karena ada saat itu hukum azimah tidak berlaku lagi atasnya. Umpamanya mengqoshr shalat.

B.3 Hukum menggunakan rukhsah

Pada dasarnya rukhsah adalah pembebasan seorang mukallaf dari melakukan tututan hukum azimah dalam keadaan darurat. Dengan sendirinya hukumnya boleh, baik dalam mengerjakan sesuatu yang terlarang atau meninggalkan sesuatu yang perintah. Namun dalam hal menggunakan hukum rukhsah bagi orang yang memenuhi syarat untuk itu terdapat perbedaan pendapat di kalangan ulama.

Jumhur ulama berpendapat bahwa hukum menggunakan rukhsah itu tergantung kepada bentuk uzur yang menyebabkan adanya rukhsah itu. Dengan demikian menggunakan hukum rukhsah itu dapat menjadi wajib seperti memakan bangkai bagi orang yang tidak mendapat makanan halal, sedangkan ia khawatir jika tidak menggunakan rukhsah akan membahayakan dirinya. Hukum rukhsah adapula yang sunnah seperti berbuka ouasa Ramadhan bagi orang sakit dan musafir. Ada pula yang semata-mata ibahah seperti jual beli saham.[10]

Tiada ulasan: