Khamis, 26 Julai 2007

Dedikasi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sebagai mengingati dan mengenang kembali, Madrasah an-Nahdzah tempat ana dan kawan-kawan ana di Bukit Besar bermain seketika dulu, jadi ana namakan blog ini dengan nama Madrasah Nahdzoh.

Sebenarnya tempat ini begitu banyak memberi pengajaran dan didikan kepada jiwa ana, dan jiwa rakan-rakan ana. Telah ramai yang keluar dari benak madrasah ini yang berjaya dalam pelbagai bidang dan lapangan kehidupan. Sememangnya Bukit Besar dan lebih sinonim dengan Madrasah Nahdzoh ini terdiri dengan megahnya sekitar tahun 1967 hinggalah sekarang.

Tuan Haji Othman an-Yunusi atau lebih dikenali dengan nama Pak Man dengan dibantu oleh orang-orang kanan beliau, keunggulan pondok Pak Man adalah setaraf dengan Pondok Pak Ya ( Pondok Padang Lumat ). Bersama dan bersaing dalam produksi ulama' pondok.

Kejayaan ini sekarang hanya tinggal sejarah, gemulah Pak Man tiada lagi. Tiada lagi Pak Man Janggut atau Tok Wan Janggut, dan zaman Madrasah Nahdzoh ini semakin bertukar dari sebuah pengajian pondok tradisi kepada pengajian morden. Walauapapun usia yang mendatang, Madrasah Nahdzoh akan tetap dikenang oleh generasi terdahulu termasuklah ana, yang pernah hidup dan membesar di bawah lembayung kecemerlangan institusi pondok.

TERIMA KASIH.. Tok Ayah..

2 ulasan:

admin berkata...

Selamat maju jaya

Kasih Firdaus berkata...

ntah kenapa bila sy tgok blog awak..kenangan masih lagi subur diminda sy..sy rindu sgt....