Jumaat, 9 November 2007

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia

ck -moz-use-text-color; border-width: 1pt 1pt 1pt medium; padding: 0in 5.4pt; width: 329.4pt;" valign="top" width="439">

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan-Institut Pendidikan Guru Malaysia ( PISMP-IPGM )

Kursus

Kod Kursus

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

UNIT 1

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan

1.1 Konsep dan Takrif Tamadun

1.2 Hubungan Tamadun Daripada Perspektif

1.2.1 Agama

1.2.2 Budaya

1.2.3 Bangsa

2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun

2.1 Ciri-Ciri Asas Tamadun

2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun - Ibnu Khaldun, Malek Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler )

Hasil Pembelajaran

Diakhir sesi pengajaran pelajar dapat

a. Menjelaskan maksud yang terkandung dalam konsep dan takrif ilmu tamaddun

b. Menerangkan hubungan antara tamaddun dalri perspektif agama budaya dan bangsa

c. Memahami ciri-ciri asas pembembentukan sesebuah tamaddun.

Bab 1 - Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pada zahirnya sejarah itu tidak lebih daripada berita-berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Tetapi pada batinya ialah tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebab-sebabnya.[1] Tamaddun merupakan satu bidang kajian yang bersifat abstrak. Menefistasinya berasaskan pengalaman rohaniah manusia sebagaimana yang ditonjolkan dalam seni kreatif dan seni bahasa yang amat tinggi nilainya.[2] Untuk mengenali sesebuah tamaddun dengan lebih jelas dan lebih dekat, maka tamaddun itu hendaklah ditinjau dari sudut perkembangan peristilahan yang pernah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana yang terkenal seperti Ibnu Khaldun, Muhammad Asad, Mohamad Abduh dan lainnya.

Tamaddun juga sering dikenali sebagai satu kebudayaan yang mempunyai organisasi politik bandar, mempunyai media yang boleh menjaga ilmu pengetahuan, skill dan system kepercayaan. Tamaddun juga mempunyai material dan organisasi politik yang membolehkan menjalankan kuasa ke atas sesebuah kawasan yang tertentu dan boleh meluaskan pengaruhnya hingga melewati kasawan yang dikuasainya.

1.1 Konsep dan Takrif Ilmu Tamaddun

a. Konsep Tamaddun

i. Konsep manusia

- Islam melihat dari 2 sumber iaitu naqli & 'aqli.

- Sumber Naqli : Terdapat dalam quran di 16 surah dan 34 ayat disebut tentang penciptaan manusia.

- Sumber aqli : dariapada kajian sains moden tentang pusingan terjadinya bayi dalam kandungan.

ii. Konsep Masyarakat

Sekumpulan manusia yang hidup bersama dengan mengamalkan peraturan tertentu.

Masyarakat Islam tertegak di atas landasan utama :-

- Akidah

- Syariat

- Akhlak

- tradisi sendiri

iii. Hak anggota Dalam Masyarakat Islam

a. Hak untuk Hidup
- setiap indivdu dipelihara dari dicederakan/dibunuh.

b. Hak untuk bebas
- Bebas yang terikat dengan syarak

c. Hak Untuk Mendapat Keadilan
- Undang2 islam berdasarkan al-quran & sunnah

d. Hak untuk mendapatkan persamaan
- setiap individu mempunyai peluang & hak yang sama.

a. Takrif Ilmu Tamaddun

- Pandangan Sarjana Islam

Menurut Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani ialah istilah atau nama khas yang membawa maksud “ masyarakat “. Apabila dua kata ini digabungkan “ madani “ dan “ umran “, maka ia membawa maksud “ masyarakat madani “ atau masyarakat yang bertamaddun. Maysarakat yang bertamaddun ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Perkataan “ madani “ itu juga adalah berasal dari kata “ madinah “ yang bermaksud “ kota “ atau bandar yang lebih merujuk kepada masyarakat manusia. Syed Mohamad Naquib al-Attas pula menjelaskan bahawa tamaddun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebuayaan yang luhur bagi masyarakatnya.

Abu Bakar Hamzah menyatakan dalam bukunya “ Sejarah Kebudayaan Ialam “, bahawa tamaddun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada seseuatu yang berupa niskala ( abstrak ) mahupun yang berupa skala ( material ).

- Pandangan Sarjana Barat

Manakala Clive Bell telah memberi maksud tamaddun seperti berikut : “ tamaddun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan maysarakat mundur adalah tamaddunnya” . Bagi Arnold Toynbee, tamaddun dikatakan sejenis kebudayaan yang wujud dibandar-bandar. Pendapat ini memberikan kesimpulan bahawa tamaddun itu merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang tinggal dibandar-bandar. Pandangan ini sangat menepati keterangan yang dikeluarkan oleh Ibnu Khaldun.

Roberti Haini mengatakan tamaddun adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. M.A.Beg membuat kesimpulan mengenai pengertian tamaddun dengan menyebut sesuatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-undang dan rangka dasar politik.

1.2 Hubungan Tamaddun Dari Pelbagai Perspektif

a. Agama

a. Kaitan sesebuah tamaddun dengan agama adalah sangat rapat. Masyarakat yang bertamaddun mempunyai nilai pegangan agama yang tinggi, beradab sopan dan bermoral tinggi.

b. Agama telah membentuk pandangan mereka mengenai alam semester serta memimpin mereka menikmati kehidupan bermsayarakat atau individu secara lebih terpuji.

c. Kemunculan tamaddun manusia adalah suatu menifestasi kepada pegangan masyarakat berkenaan kepada agama.

d. Semua tamaddun tradisional manusia berasaskan kepada pandangan hidup, prinsip dan nilai ajaran agama yang mereka anuti.

e. Tamaddun moden telah mengenepikan ajaran dan nilai agama lantas menukargantikan asasnya dengan nilai pemikiran dan penilaian manusia atau falsafah humanisme.

b. Budaya

a. Budaya merujuk kepada tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke atas persekitaran fizikal dan sosialnya, dan pengurusan kehidupan secara kolektif

b. Tamaddun danbudaya amat berkait rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan bertamaddun.

c. Tamaddun berbeza daripada budaya bukan kerana semua unsur budaya boleh dianggap sebagai tamaddun

d. Kreteria tamaddun

- Bernilai tinggi dan terpuji.

- Kekal dan bertahan lama

- Tidak terbatas kepada kawasan, malah tamaddun melampaui batasan kenegaraan.

c. Bangsa

a. Bangsa mempunyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi budaya dan kawasan geografi

b. Tamaddun merentasi batasan budaya dan geografi seperti tamaddun islam dan tamaddun barat modern.

c. Tamaddun Jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa, budaya dan negara Jepun.

2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun

2.1 Ciri-ciri asas tamaddun

a. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu seperti kota, bandar, dan sebagainya.

b. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.

c. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.

d. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi berkomunikasi.

e. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuat kuasa.

f. Peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi dan pembinaan.

g. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, keseniaan,kesusasteraan dan nilai estatika yang tersendiri.

2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun - Ibnu Khaldun, Malek Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler )

a. Mengikut Arnold Toynbee ( 1889-1979) seorang sejarawan barat menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ( Abu Zaid Abd.al-Rahman ibn Muhamad ibn Muhamad al-Khaldun 1332-1406 CA ) dengan menyebut bahawa agama lahir sari tamaddun yang sudah lemah, oleh yang demikian ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan semula. Keruntuhan ketamaddunan barat adalah kerana Barat meminggirkan agama kristiannya.

Terdapat tiga fasa yang dilalui dalam menyatakan teori kitaran ini mengikut Arnold Toynbee iaitu

- Breakdown

- Disintergration

- Dissolution

b. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ada empat fasa dalam menyatakan kelahiran dan kemusnahan sesuatu tamaddun, iaitu

i. Tahap awal – kelahiran – assabiyah dan agama

Salah satu sifat manusia ialah bekerja sama dan saling bantu membantu, semangat ini akan menimbulkan rasa assabiyah di kalangan mereka.

Manusia memerlukan organisasi dan kerajaan yang dipimpin oleh orang yang berwibawa, maka dengan assabiyah manusia boleh membentuk kerajaan, kembangkan seni, teknologi, sains, termasukalah pengeluaran barang mewah dan tempat tinggal.

ii. Kehidupan menetap/perkembangan tamaddun

Organisasi sama seperti badan manusia, semakin lama semakin lemah. Kemajuan dan kemawahan boleh membawa kepada kelalaian dan menyebabkan kemanusia mula tehakis. Golongan pemerintah mulai leka dengan kemewahan dan mengabaikan agama.

iii. Kehancuran – kemewahan, kelalaian dan kepudaran assabiyah

Assabiyah semakin luntur, pemerintah semakin kaya lantas mereka semakin lalai dengan tanggungjawab. Kesannya sesebuah organisasi akan mula berpecah dan menjejaskan ekonomi serta menjadikan sistem masyarakat menjadi lemah.

iv. Penyelamat-agama boleh menyelamat tamaddun

Sesebuah organisasi tidak boleh mengenepikan unsur agama dalam pemerintahan. Agama hendaklah dijadikan syarat utama dalam membina pembangunan dan tamaddun. Agama mendokong sistem moral yanng sangat tinggi dalam menjamin kelangsungan sesebuah tamaddun.

Bahan Bacaan

1. Riwayat hidup Ibn Khaldun dibicarakan oleh banyak penulis seperti Abdullah Enan, Muhsin Mahdi, dan di awal jilid I terjemahan al-Muqaddimah oleh F. Rosenthal lainnya. Terjemahan Rosenthal ada 3 jilid; terjemahan Melayu oleh DBP satu jilid; demikian juga terjemahan Indonesianya.

2. Laman-laman web (url) berikut:


Dr A.Zahoor Ibn Khaldun, http://www.salam.muslimonline.com/~azahoor/khaldun.html; juga http://www.ummah._org.uk/history/Scholars/KHALDUN.html;


Ibrahim M.Oweiss "Ibn Khaldun the Father of Economics", http://georgetown.edu/oweiss/ibn.htm;


serta Ibn Khaldun dalam encyclopedia britannica.com;


home-philosophers-ibn Khaldun dalam http://www.989.com/Philosophers/Khaldun_Ibn.htm


Letter from Cairo, - http://www.sis.gov.eg/public/letter/html/text153.htm


Economics of Ibn Khaldun, http://www.uwplatt.edu/~soofi/IBN.html


History of Economic Thought, http://www.ecohistory.Amg.com/khaldun.htm;


"Political Science", Prof. R. W. Cox - http://www.heiwww.unigue.ch/~Krause/gnet/cox.htm


muslim-1; Great Muslim Scientists-on Ibn Khaldun - http://www.//students.missouri.edu/ists/muslim-1/0324htm;


Abd al-Rahman ibn Khaldun the historian - http://www.islamicresources.com/Prominent_Muslims/others/abdur-rehman-ibn-khaldun-histori.htm;


"Lessons from Ibn Khaldun", - http://www.freepublic.com/forum/a3ac4cb4243a9.htm;


"Ibn Khalduns Contribution to Social Thought", - http://www.build-a-webpage.com/society/aziz6/;


"Ibn Khalduns observation on history, empires, - http://www.humanistictexts.org.ibn_khaldun.htm.


"Ibn Khaldun His Life and Work, by Muhammad Hozien - http://www.muslimphilosophy.com/ip/klf.htm;


Hassan Ali Jamsheer, "Ibn Khaldun (1332-1406). The Muqaddimah - History - http://www.ibidem.infocentrum.com/ksiazki/83-907031-3-0sum.html;


"Rise and fall Ibn Khaldun and the Effects of Taxation Chapter 15", - http://www.ryerson.ca/~lovewell/khaldun.html;

3. "Al-Muqaddimah" terjemahan Rosenthal.

4. Encyclopedia Britannica.com on ibn Khaldun

Aktiviti Kelas

a. Kuliah

b. Sumbangsaran

c. Perbincangan

d. Pembentangan

Soalan Tutorial / Essei / Objektif

a. Apakah maknanya “tamadun” dan bagaimanakah dapat kita mengenali sesuatu tamadun?

b. Mengapakah sesetengah tamadun dapat berkembang dengan pesat, manakala tamadun yang lain runtuh dan musnah?

c. Carikan makna tamaddun yang terdapat dalam penulisan-penulisan lain sebagai bahan tambahan.



[1] Ibnu Khaldun-Muqaddimah

[2] Abdul Rahman Nawas, Tamaddun Islam

Tiada ulasan: